Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 31-May-2005 00:00
Lumba Foto Mei 2005 | Haiwan
TEMA LUMBA FOTO, MEI : HAIWAN

tak kisahlah gambar binatang apa korang nak letak, yg penting ianya 'haiwan' (errr.. w/pun ada org kata 'manusia ialah 'haiwan sosial' tapi.. mana bleh wehhh.. )


KEPUTUSAN LUMBA FOTO MEI 2005: HAIWAN

HAKIM: RUDY BLUEHIKARI & DIBANTU 3 ORANG JURUGAMBAR AMATUR/PROFESIONAL

Aksi spontan saya ketika melihat barisan foto-foto yang mengambil bahagian ialah PENING KEPALA! Semuanya hebat-hebat belaka!

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak urusetia yang memberikan saya peluang menjadi hakim untuk Lumba Foto Mei 2005. Disebabkan status saya yang masih lagi belajar dalam dunia fotografi, maka saya telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan dan penilaian daripada 4 orang jurufoto bertaraf amatur dan professional dalam arena fotografi dan ada dikalangan mereka bukan ahli GJ untuk sama-sama berdiskusi dan membuat keputusan siapakah yang paling layak memenangi Lumba Foto Mei 2005.

Agak mengejutkan apabila ada peserta yang menarik kembali penyertaan dan menukarnya dengan gambar-gambar baru, tanpa mereka menyedari gambar yang ditarik balik itu menepati kehendak juri dan hakim untuk menempatkan diri di tangga paling tinggi dalam Lumba Foto ini. Walau bagaimanapun, juri telah membuat keputusan untuk menghormati kehendaknya dan juri membuat penilaian akhir tanpa melibatkan gambar-gambar tersebut.

Untuk pengetahuan, semua penilaian akhir saya buat semasa bertugas rasmi di Melbourne Australia. Saya mengambil kira elemen “antarabangsa” dalam memberikan keputusan yang saya kira dibuat secara demokrasi ini. Saya bersandarkan tajuk dan gambar tanpa melihat siapakah pemetik kameranya bagi mengelakkan keputusan bias.

Pandangan keseluruhan foto yang turut serta –

Kebanyakan jurugambar mengabaikan unsur ketajaman (sharpness) subjek dan framing (membingkai subjek) dengan betul/menarik ketika mengambil gambar. Kebanyakan gambar yang menyertai pertandingan terlalu meletakkan subjek penuh dalam foto sehingga menghilangkan kekuatan subjek (sebagai contoh foto ANGKAT BERAT).

Untuk pertandingan profesional/amatur peserta tidak dibenarkan meletak sebarang text diatas gambar, oleh demikian, diharapkan peserta pertandingan ini membiasakan diri dengan peraturan yang diterima pakai ini pada masa-masa akan datang. Foto yang menarik dan kuat mesejnya tidak memerlukan sebarang text sebagai tambahan untuk menguatkan foto tersebut kerana foto yang menarik dan padat dengan unsur-unsur peraturan asas fotografi (tidak semua foto yang menarik perlu memenuhi peraturan asas fotografi sebenarnya) sudah cukup melayakkan foto tersebut dalam kategori ‘pictures speak a thousand words’

Berikut adalah senarai foto yang berjaya dalam Lumba Foto pada kali ini:-

TEMPAT PERTAMA: MASAM-MASAM MANIS - Op

Gambar ini memenuhi kreteria komposisi, fokus (subjek yang tajam (sharp)), depth of field (kedalaman medan). Juri sependapat untuk meletakkan gambar ini di tempat yang selayaknya. Tahniah!

TEMPAT KEDUA: ANGKAT BERAT - AyAres151

Gambar ini sangat baik dari sudut ketajamannya. Kaitan kumbang tanduk dan batu itu mencerita segala-galanya walau hanya dengan sekilas pandang. Tetapi alangkah baiknya (seperti yang dinyatakan dalam komen keseluruhan di atas tadi) jika jurugambar tidak terlalu meletakkan subjek penuh dalam foto sehingga menghilangkan kekuatan subjek. Baik jika ‘frame’nya diperluaskan.


TEMPAT KETIGA: TOLONG PANGGILKAN CSI! - baims00

Gambar ini menepati komposisi subjek walaupun kurang dari segi ketajamannya. Ini adalah antara gambar yang sukar untuk diambil. Ia menceritakan segala-galanya dan gambar percikan darah itu sangat hidup.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.